skip to main |
skip to sidebar
Tips interview
Alhamdulillah, syukur pada Allah, diberikan kekuatan untuk menulis dan terus menyebarkan kebaikan. Cerita hari ini, alhamdulillah selesai interview di KPJ penang. jawatan yang di pohon sesuailah dengan bidang yang di pelajari iaitu pengimejaan perubatan atau lebih dikenali sebagai x-ray.
Saya hantar resume pada lewat malam, dan rezeki dapat call petang esoknya, rezeki interview suruh datang lusanya iaitu hari ini. Kelam kabut kan, tapi entah saya masih tenang, waktu terima call pun suruh datang khamis ini, saya iyakan sahaja.haha. bila tengok-tengok date, owh 2 hari lagi rupanya.
saya mulakan dengan berkongsi berita gembira ini bersama family, sahabat-sahabat mengutip semangat mereka dan mengembirakan hati mereka.
Persiapan interview yang saya buat:
bertanya pada kawan-kawan tips2 dan soalan biasa yang ditanya
solat taubat, solat hajat solat tahajud cinta solat Istikharah
yang mesti korang buat punya,,google
saya nak share website yang sangat membantu
http://soalaninterview.com
bermula latihan speaking speakang saya berterabur
dah saatnya telah tiba, sampailah kami dipintu masuk, hati ini rasa tenang sangat-sangat.
bila masuk sahaja pintu untuk di interview
bagi salam dan bila suruh duduk barulah duduk
tup-tup tanya dalam bahasa melayu hilang ayat-ayat power speaking..kiki
pastu tanya pun biasa-biasa sahaja macam sembang-sembang gitu
keluar sahaja pintu, yeay...LEGA
dan hati betul-betul berserah pada Allah dan tawakal padaNya
Alhamdulillah, Allah dah didik hatiku dengan bisness shaklee, berusaha bersabar dan bersyukur
sapa-sapa yang berminat nak didik hati, jom join kami dengan shaklee
Terima kasih ayah
Teman akk pi interview
Dan drive untuk akk ke penang hihi
Sayangggggg ayah
Hanya doa mampu ku berikan
Hanis Anak solehah♥♥♥
Sebarkan kebaikan
Hanis khiri 019-3668530| Taqwathealth.blogspot.com
full edit blog :JIAKREATIFELT on 12/11/2013
Alhamdulillah dear.. semoga dipermudahkan segala urusan.. Ameen..
ReplyDeleteaamiin terima kasih k.nur, semoga Allah permudahakan urusan k.nur juga ^__^
ReplyDelete