Thursday, January 16, 2020

KEKUATAN SEORANG WANITA

Lama sangat tidak menulis di blog, hanis sibuk dengan kehidupan bersama dua orang anak kecil, yang perlukan perhatian seorang ibu sepenuh masa, hari ini, rasa nak cerita sedikit tentang kekuatan seorang wanita.

Hanis wanita sebagai, seorang anak, seorang isteri, seorang ibu dan mungkin seorang opah suatu hari ini, doakan dipanjangkan umur, insyaAllah.

Sebelum kahwin, kita sebagai anak, fokus kita nak membahagiakan ibu dan ayah, bila waktu belajar, kita usaha sekuat mungkin, untuk menggembirakan hati ibu ayah dengan keputusan kita yang cemerlang, habis belajar, usaha nak cari kerja yang boleh membantu mak ayah kita, walaupaun, kita tahu, wang ringgit tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka. Usaha kita tidak pernah berhenti walaupuan sudah berkahwin 

Sesudah berkahwin, kita bertambah lagi ahli keluarga, dulu ada mak ayah, kini ada abah dan mak mentua, usaha kita untuk membuat baik pada keluarga mentua, membahagiakan mereka, bertambah tanggungjawab sebagai isteri, menantu. bukan sesuatu yang mudah sebenarnya, kita usaha dan masih lagi usaha

selepas berkahwin pasti menginginkan cahaya mata, alhamdulilah, diberikan rezeki 2 orang cahaya mata untuk masa inilah,haha. cabaran dan ujian sebelum menjadi ibu, bukan juga mudah sebenarnya, mungkin, orang lain nampak mudah, tapi seorang orang diberikan cabaran yang berbeza-beza, dari mengandung sehingga membesarkan dan mendidik anak , memang satu ujian untuk hanis, kekuatan kita sebenarnya sebagai wanita bukan letak pada diri sendiri, tapi dari Allah sebenarnya, kita usahalah sekuat mana, tapi jika Allah tidak berikan kekuatan, kita akan lemah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
full edit blog :JIAKREATIFELT on 12/11/2013