·
Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek
lain dalam kehidupan anda.
·
Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya
anda bahagia, orang lain juga begitu.
·
Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan
sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.
·
Kepada ibu yang baru bersalin,
menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan
bentuk tubuh badan.
·
Senaman yang
berterusan biasanya mengurangkan
penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah
tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.
·
Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan
murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan
ini.
·
Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah
rendah.
·
Apabila anda sihat dan cergas,
anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.
·
Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan
penuh stamina.
·
Kepada sesiapa yang menggunakan
2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.
credit to health.mylaunchpad.com.m



No comments:
Post a Comment